Sunday, November 11, 2007

Apakah itu Syarikat Sdn Bhd


Syarikat adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 (Bahasa Inggeris sahaja).

Syarikat merupakan sebuah entiti yang berasingan dan terpisah daripada ahli dan pemegang sahamnya.

Terdapat tiga jenis syarikat terhad iaitu:

  1. Syarikat yang dihadkan oleh saham yang mana liabiliti ahlinya terhad kepada sebanyak mana nilai saham mereka.
  2. Syarikat yang dihadkan oleh jaminan yang mana liabiliti setiap ahlinya terhad kepada jumlah yang mereka sumbangkan kepada aset syarikat itu jika berlakunya pembubaran dan pencairan.
  3. Syarikat yang tidak terhad yang mana liabiliti ahli-ahlinya tidak terhad.

Syarikat yang dihadkan oleh saham terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Syarikat Sendirian Berhad yang mana syarikat jenis ini tidak boleh menjual sahamnya kepada orang awam.
  2. Syarikat Awam Berhad yang memperoleh modal melalui penjualan saham-sahamnya dan diuruskan oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang-pemegang saham.

Hak dan Tanggungjawab Syarikat Yang Penting

  • Sesebuah syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri (berasingan daripada pemiliknya dan pemegang saham).
  • Sesebuah syarikat boleh mendakwa dan didakwa.
  • Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan. Tanggungjawab pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi daripada kerugian yang melebihi daripada jumlah pemilikan saham.
  • Perjalanan operasi syarikat adalah dibawah kawalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Pelbagai jenis cukai mesti dibayar.
  • Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah.

    Syarikat Sendirian Berhad

    Ciri-ciri syarikat sendirian berhad:

    (a) Mempunyai tanaf penundangan sendini iaitu terpisah danipada para pemegang syer, dan boleh bentindak atas namanya sendini dalam unusan pembeiian harta, membuat penjanjian mendakwa, dan didakwa
    (b) Boleh dibentuk oleh minimum 2 onang pemegang syen dan maksimum 50 orang
    (c)Tidak menjual syernya kepada onang ramai
    (d)Tidak diwajibkan mengumumkafl laponan kewangannya untuk pengetahuan orang namai

    Kebaikan syarikat sendinian berhad:
    (a) Lebih munah dan mudah ditubuhkan
    (b) Liabiliti pemegang syen tenhad
    (c) Hal-ehwal syanikat tidak diumumkan
    (d) Modal yang besan
    (e)Kewujudannya kekal
    (f)Penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah



No comments: